| 3 comments ]

السلام عليكم


Negara Islam yang sedang maju, seringkali kita kaitkan sendiri dengan negara yang kita orang-orang Melayu (warisan kerajaan Melayu-Melaka, Melayu-Kelantan, Melayu-Kedah, Melayu-Johor dan pelbagai Melayu yang terlipat dalam lipatan sejarah lagi) diami sekian lama, iaitu Malaysia.

Aku tak perlu bicara pasal jiran kita Indonesia, Siam ataupun Temasek. Mereka ada isu yang macam-macam juga.

Beberapa hari yang lalu, aku tonton berita di peti televisyen, perihal keputusan kerajaan (kabinet) yang diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz, perihal pertukaran agama, status agama anak. Wah wah wah!

Aku sayang dengan agama aku. Semenjak dua menjak ini, aku berusaha untuk mendekatkan diri dengan ilmu-ilmu Islam. Aku berjinak-jinak semula dengan Al-Quran dengan kadar yang sekerap mungkin. Buku-buku agama, bincang-bincang agama, kalau ke masjid aku buka-buka telinga dengar tazkirah. Tak kisahlah jika yang dibincangkan pasal politik sekalipun, asalkan aku boleh cerna dan aku fikir dengan akal warasku, semua bentuk perbincangan tersebut adalah untuk dunia dan akhirat. (Nota - Politik pun cabang Islam).

Keputusan kabinet hendak kutuduh sebagai dangkal. Setelah aku dengar berita di peti televisyen aku pun mencari maklumat untuk menyokong tuduhan aku.

Seingat aku, semasa aku belajar Sejarah Malaysia semasa di tingkatan lima lebih kurang lima belas tahun dahulu, ada aku di ajar pasal Fasal Undang-undang berkaitan anak jagaan, agama, dan Islam. Oleh kerana negara kita, agama rasminya Islam, dan Institusi Raja Berpelembagaan adalah yang "tertinggi" dalam negara, kenapa mesti nak pinda atau gubal undang-undang tanpa memperjuangkan agama Islam?

Persoalan aku;

1. Bukankah anak tertakluk kepada ibu dan bapa selagi: jika lelaki sehingga baligh (atau 15 tahun), dan perempuan sehingga dinikahkan.
- Kalau nak gubal, apa kata buat peruntukan begini, ditukarkan dari peruntukan sedia yang selalu nya difahamkan bahawa, sekian umur (18 tahun) yang tidak kira lelaki atau perempuan, berhak buat itu dan ini tanpa perlu ambil peduli pasal ibu bapa.

2. Kenapa tidak buat undang-undang yang memelihara dan kembangkan Islam.
- Ya betul, sekalian rakyat majmuk kita dan aku rujuk lebih kepada sahabat-sahabat kafir yang tidak diperangi; akan berasa seolah-olah kelebihan kepada Islam dan kita tindas mereka. Aku bilang, jangan terpedaya dengan dakyah dan tanggapan begini. Tunjukkan Islam tidak menindas. Kita berdakwah. Dah sudah termaktub di dalam Undang-undang Malaysia, Islam agama rasmi. Jadi ikut yang rasmi. Kalau tidak mahu, kita tidak tindas. Kalau tidak suka, boleh pindah. Ramai yang nak jadi rakyat US, UK... Silakan... Sana pun mewah. Kita yang Melayu ni, ada perjuangan sampai ke akhirat yang perlu dibuat.

3. Aku percaya, penubuhan Malaysia dan Islam dijadikan agama rasmi oleh pemimpin terdahulu adalah kerana mera mahu kita perkukuhkan Islam. Jadi? Perkukuhkan dengan cara membaikkan lah. Bukan tunduk kepada batil undang-undang yang dicedok. Tetapi kukuhkan dan perkuatkan dengan pengisian Islam. (Soalannya ialah; setuju?)

4. Aku tutup soalan aku dengan soalan berganda ini. Kenapa begini? Adakah nak simpang siurkan tumpuan kita dengan isu baru yang sepatutnya kabinet boleh dapatkan keputusan yang tak perlu timbulkan sebagai isu dengan buat keputusan yang betul. Adakah tidak cukup dengan isu bahasa? Tak cukup dengan isu filem yang diangkat kerana isu yang merujuk kepada keruntuhan akhlak? Tak cukup dengan isu tanah? Tak cukup dengan isu melayu bercakar rebut tampok memerintah? Tak cukup dengan isu hubungan "baik" orang melayu dengan ah-long? .

Dilema.

(Semoga keputusan kabinet ini diperincikan dan Islam kukuh kerananya)


Wallahualam
والسلام


Taman Sri Rampai.

Sahaini Ahmad Safian

3 comments

atok said... @ April 26, 2009 at 8:42 PM

islam agama yg indah.
hehe

Anonymous said... @ April 27, 2009 at 9:05 PM

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

QURAN MENJAWAB
'Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. '
- Surah At-Taubah ayat 129

hrmk said... @ April 28, 2009 at 5:35 PM

Anonymous<- mudah untuk kita membaca dan cuba untuk mengerti. Tetapi tidak mudah untuk kita menghadapi jika dugaan itu berlaku.

Post a Comment