| 0 comments ]

pintu bilikku diketuk. spontan aku menoleh.

"boleh aku masuk?"

"masuklah," jawabku bersahaja. majalah newsweek yang sedang dibaca ku letakkan di atas meja.

"dah telefon dia?" tanyanya.

"siapa?" soalku.

dia menghela nafasnya, panjang.

"kau tahu siapa yang aku maksudkan, kan?" tanyanya lagi.

aku terdiam. tanganku menconteng-conteng sesuatu di atas kertas putih kosong.

"cukuplah. dia sudah lama bersabar dengan sikap kau. kau mahu teruskan lagi?"

"entah. aku tak tahu," jawabku bersahaja.

aku melihat wajahnya. tergambar sedikit kekesalan.

"aku ada urusan lain. janji dengan aku, kau akan uruskan hal ini," katanya sebelum beredar dari bilikku.

"aku tak janji..." jawabku lemah.

tanpa ku sedari, nama yang cukup aku kenali, tercoret di atas kertas putih kosong yang ku conteng.

ish, mengapa namanya yang ku tulis?



Kurau
1 April 2009
5.30pm

0 comments

Post a Comment