| 3 comments ]

السلام عليكم


Negara Islam yang sedang maju, seringkali kita kaitkan sendiri dengan negara yang kita orang-orang Melayu (warisan kerajaan Melayu-Melaka, Melayu-Kelantan, Melayu-Kedah, Melayu-Johor dan pelbagai Melayu yang terlipat dalam lipatan sejarah lagi) diami sekian lama, iaitu Malaysia.

Aku tak perlu bicara pasal jiran kita Indonesia, Siam ataupun Temasek. Mereka ada isu yang macam-macam juga.

Beberapa hari yang lalu, aku tonton berita di peti televisyen, perihal keputusan kerajaan (kabinet) yang diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz, perihal pertukaran agama, status agama anak. Wah wah wah!

Aku sayang dengan agama aku. Semenjak dua menjak ini, aku berusaha untuk mendekatkan diri dengan ilmu-ilmu Islam. Aku berjinak-jinak semula dengan Al-Quran dengan kadar yang sekerap mungkin. Buku-buku agama, bincang-bincang agama, kalau ke masjid aku buka-buka telinga dengar tazkirah. Tak kisahlah jika yang dibincangkan pasal politik sekalipun, asalkan aku boleh cerna dan aku fikir dengan akal warasku, semua bentuk perbincangan tersebut adalah untuk dunia dan akhirat. (Nota - Politik pun cabang Islam).

Keputusan kabinet hendak kutuduh sebagai dangkal. Setelah aku dengar berita di peti televisyen aku pun mencari maklumat untuk menyokong tuduhan aku.

Seingat aku, semasa aku belajar Sejarah Malaysia semasa di tingkatan lima lebih kurang lima belas tahun dahulu, ada aku di ajar pasal Fasal Undang-undang berkaitan anak jagaan, agama, dan Islam. Oleh kerana negara kita, agama rasminya Islam, dan Institusi Raja Berpelembagaan adalah yang "tertinggi" dalam negara, kenapa mesti nak pinda atau gubal undang-undang tanpa memperjuangkan agama Islam?

Persoalan aku;

1. Bukankah anak tertakluk kepada ibu dan bapa selagi: jika lelaki sehingga baligh (atau 15 tahun), dan perempuan sehingga dinikahkan.
- Kalau nak gubal, apa kata buat peruntukan begini, ditukarkan dari peruntukan sedia yang selalu nya difahamkan bahawa, sekian umur (18 tahun) yang tidak kira lelaki atau perempuan, berhak buat itu dan ini tanpa perlu ambil peduli pasal ibu bapa.

2. Kenapa tidak buat undang-undang yang memelihara dan kembangkan Islam.
- Ya betul, sekalian rakyat majmuk kita dan aku rujuk lebih kepada sahabat-sahabat kafir yang tidak diperangi; akan berasa seolah-olah kelebihan kepada Islam dan kita tindas mereka. Aku bilang, jangan terpedaya dengan dakyah dan tanggapan begini. Tunjukkan Islam tidak menindas. Kita berdakwah. Dah sudah termaktub di dalam Undang-undang Malaysia, Islam agama rasmi. Jadi ikut yang rasmi. Kalau tidak mahu, kita tidak tindas. Kalau tidak suka, boleh pindah. Ramai yang nak jadi rakyat US, UK... Silakan... Sana pun mewah. Kita yang Melayu ni, ada perjuangan sampai ke akhirat yang perlu dibuat.

3. Aku percaya, penubuhan Malaysia dan Islam dijadikan agama rasmi oleh pemimpin terdahulu adalah kerana mera mahu kita perkukuhkan Islam. Jadi? Perkukuhkan dengan cara membaikkan lah. Bukan tunduk kepada batil undang-undang yang dicedok. Tetapi kukuhkan dan perkuatkan dengan pengisian Islam. (Soalannya ialah; setuju?)

4. Aku tutup soalan aku dengan soalan berganda ini. Kenapa begini? Adakah nak simpang siurkan tumpuan kita dengan isu baru yang sepatutnya kabinet boleh dapatkan keputusan yang tak perlu timbulkan sebagai isu dengan buat keputusan yang betul. Adakah tidak cukup dengan isu bahasa? Tak cukup dengan isu filem yang diangkat kerana isu yang merujuk kepada keruntuhan akhlak? Tak cukup dengan isu tanah? Tak cukup dengan isu melayu bercakar rebut tampok memerintah? Tak cukup dengan isu hubungan "baik" orang melayu dengan ah-long? .

Dilema.

(Semoga keputusan kabinet ini diperincikan dan Islam kukuh kerananya)


Wallahualam
والسلام


Taman Sri Rampai.

Sahaini Ahmad Safian

| 5 comments ]

'adoi..tak bestnya sakit..tak ble buat keje'
'adoi..tak bestnya sakit..tak ble jalan²'
'adoi..tak bestnya sakit..terlantar kat umah..'

ada persoalan yang teringin aku tanya..
- sapa yang bagi sakit ni..??
- sebenarnya apa hikmah sakit ni..??

manusia ni biasanya selalu lalai dan lupa tanggungjawabnya kat dunia ni..
tak kisahla dengan mak bapak ke..dengan bini ke hatta dengan alam sekitar sekalipun..

cuba kita fikir balik..
- kita sakit..lalu kena dok umah..melepek kat umah..pastu kita perasan umah kita dah mengalahkan sarang tikus..lalu kita pun kemas umah..
- kita sakit..tak ble nak duduk diam..lalu mulut kita pun beristighfar...bukan ke secara langsung kita teringatkan pencipta..??
- kita sakit..kengkawan datang ziarah..tak ke bagus tu..sekurangnya kita mengelak sebentar kesibukan di pejabat dan melayan sahabat taulan yang datang menziarah..walaupun tak ramai..

bila difikirkan balik..
sakit ni sebenarnya banyak ubat dari mudaratnya :)

nunjimmimya

| 10 comments ]

Bagi memeriahkan aktiviti2x pembaca blog lain dan menghargai followers blog ini maka pihak kami akan menganjurkan aktiviti mencandat sotong di Pulau Kapas Terengganu seperti butir berikut:

Tarikh : Jun 09 ( haribulan akan ditentukan kemudian )
Yuran Penyertaan : RM 100 (termasuk penginapan dan bot )
Hari : 2 hari 1 malam
Bilangan pencandat : 20 orang (minima)
Tempat pertemuan : Jeti ke Pulau Kapas
Aktiviti lain : Snorkeling ( sebelah pagi )

Hadiah akan diberikan kepada pencandat2x yang berjaya menangkap sotong terbanyak seperti butir2x berikut:

Tempat pertama
Handphone nokia berharga RM 1,200

Tempat kedua
Tunai sebanyak RM 500

Tempat ketiga
Tunai sebanyak RM 300



untuk sebarang pertanyaan atau join aktiviti candat sotong ini bolehlah emailkan ke delimaku01@yahoo.com atau tinggalkan komen di artikel ini.

Jumpa disana..

hadiah ditaja oleh

| 3 comments ]

السلام عليكم

Ya, semoga sejahtera semuanya.

Hari ini kemalangan yang membabitkan sebuas bas laju (ekspres) dari utara menjadi tajuk-tajuk berita. Jika di peti televisyen dan kotak radio, ianya telah pun berkumandang dari malam tadi lagi. Walaupun kisah yang menjadi sebahagian daripada rencah kehidupan yang memilukan, kekadang kisahnya ditenggelamkan dengan rentak hiburan dan berita glamour. Maklumlah, ABPBH 2009 perlu sangat dimuatkan terutama di dalam akhbar keluarannya, NSTP. Aku percaya, kisah bas yang tunggang terbalik ini akan hangat paling lama pun sebulan dua. Kemudian, hilang tanpa berita. Kecuali, kemalangan seterusnya berlaku.

Aku masih teringat antara beberapa isu bersangkutan dengan bas. Kotak hitam, penguatkuasaan pegawai samaran sebagai penumpang, tambang, lesen pemandu, saman-saman yang tidak dijelaskan pemandu bas, pemandu mengantuk, gaji pemandu, pemandu warga asing dan macam-macam lagi. Sungguh berserabut kalau disenaraikan.

Bertukar profil kementerian atau penguatkuasa maka agenda dan penguatkuasaan pun berubah. Tercicir ataupun diperbaiki. Menjadi basi. Paling tidak akan dipolitikkan atau akan diambil keuntungan selagi boleh dikaut.

Wah. Risau juga hati bila kemalangan jalan raya melibatkan bas menjadi fokus. Semoga الله melindungi kita dari bala malapetaka dan kecelakaan.

Doa naik kenderaan :


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

سُبْحَانَ الَّذِي سَخَّرَ لَنَا هَٰذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ وَإِنَّا إِلَىٰ رَبِّنَا لَمُنْقَلِبُونَ



Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya. Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali!

Doa naik kenderaan ini dipetik dari ayat 13 dan 14 surah Az-Zukhruf (Surah ke-43, Makkiyyah, dalam Juz ke-25).

Wallahualam.

Sahaini Ahmad Safian
Bangsar, Kuala Lumpur.

| 6 comments ]

Kenape superman suke pakai spenda kat luar???

| 4 comments ]



Whatttt????????

Delima tak percaya langsung..diorang bleh terkeluar dari AF7. Dunia program ini terlalu kejam rasanya. Pada delima, diorang nie mmg ada potensi..terutama sekali kepada Rubisa...

Mmg ..tak adil.. mentang2xlah delima punya kredit tak banyak....iskh...tak bleh jadi nie....

Kalo next.. lagi 2-3 rancangan AF7 nie..tetiba je si Hafiz nie terkeluar...aduhh..... korang mmg kejam tak undi dier....

GO HAFIZ..GO HAFIZ

| 4 comments ]

kita selalu mendengar orang berkata, "orang tua lebih dulu makan garam" dalam kehidupan seharian.... kita juga selalu dinasihatkan oleh ibu bapa kita supaya mendengar nasihat dan kata-kata orang yang lebih tua atas tiket sepotong ayat lama tersebut... persoalannya, adakah kita menerima nasihat dan panduan orang yang lebih tua tersebut sebagai suatu bentuk keterpaksaan atau pun memang kita menerima dengan terbuka nasihat mereka ???

selalunya, apabila kita berhadapan dengan suatu masalah, tempat untuk kita mendapatkan pandangan adalah dari mereka yang lebih lama hidup di dunia nie... suka atau tidak, itulah stereotaip kehidupan masyarakat manusia... jika ini kesnya, maka ia dilihat sebagai satu keterbukaan generasi muda dalam meminta dan menerima pandangan dan panduan daripada golongan tua nie... so, tiada isu dan konflik di sini....

bagaimana pula, di saat kita berhadapan dengan situasi atau masalah, tanpa diundang orang lama ini terus memberikan pandangan mereka atas kapasiti "aku bukan nak cakap apalah, tapi aku lagi lama hidup dari kau, aku lebih dulu makan garam dari kau".... bait ayat tersebut sentiasa sama biar sesiapa pun yang menyebutnya, biar siapa pun yang mendengarnya... betul tak ?? apa yang akan terjadi ?? mungkin terdapat isu atau konflik tambahan di situ..

adakalanya, cara masuk menerjah tanpa pakai helmet sebegitu dalam memberikan nasihat kepada orang lain adalah sangat tak beradat, walaupun niat asalnya adalah baik... matlamat tidak menghalalkan cara kan ?? kalau input yang diberi mampu menyelesaikan masalah, tidak mengapa, alhamdulillah... jika tidak, bagaimana kesudahannya ?? masalah yang ada tak selesai, masalah baru pula bertambah...

pendapat aku, bukan semua selesa dan suka apabila orang suka masuk campur hal mereka... dalam masyarakat melayu, adat sopan dan santun tue sangat dititik beratkan... jika diundang untuk beri nasihat, maka berilah sebaiknya, jika tidak tutuplah mulut rapat2 untuk kebaikan bersama... menjadi yang lebih tua di muka bumi nie tidak menjamin mereka cukup pengalaman sebenarnya... apalagi jika garam yang banyak di makan tue lebih kepada membawa penyakit dan mudarat daripada kebaikan sejagat... sesungguhnya tidak ada manusia yang sempurna di muka bumi Allah nie... buktinya sudah banyak di depan mata kita.. fikir-fikirkan semua... wassalam...

coretan pengenalan daripada,
Aidy Shahiezad...

| 0 comments ]

Perdana Menteri Malaysia ke-6 telah pun mendapat perkenan daripada baginda Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah pada 7 Rabiul akhir 1439H (3 April 2009). Legasi kepimpinan dengan corak Malaysia berterusan lagi nampaknya. Maka khalifah tersebut perlulah menjalankan tugas dan amanah seperti yang sudah termaktub. Kerana Agama, Bangsa dan Negara. Sesuai lah dengan tagline rapatkan saf yang menjadi tajuk utama beberapa hari yang lepas.

Maka pada pendapat aku sebagai hamba Allah ini (kita semua hamba Allah), jangan tidak ambil pusing pasal saf. Rapat-rapatkanlah saf. Belajar cara rapatkan saf. Afdal yang mana, makruh yang mana. Jangan renggangkan sangat, nanti diisi oleh kambing hitam pula. Jika mampu, selalulah beringat untuk matikan bunyi telefon bimbit semasa di dalam masjid. Sign board pun selalu tegur, "Tiada yang sepenting panggilan Ilahi". :P


Sahaini Ahmad Safian

| 2 comments ]

Bleh tahan gak iklan nie...tragis betul..



Anway....kreatif jugak ar..

| 0 comments ]

Ermm...ada jiran delima sorang nie...
rupa2xnya group dia dah rakam album...bertajuk Aku...
Bile dengar nyanyian diorang...ermm..best jugakk..



Cuba korang dengar....best kan?

| 0 comments ]

Ramai rasanya yang tahu apa itu kuda kepang. Sekeping kadbod yang ditunggang oleh pemain kuda kepang dan menari ikut rentak lagi.Kuda kepang sebenarnya berasal dari Tanah Jawa ( Indonesia ). Kemunculannya di Malaysia adalah disebabkan penghijrahan rakyat tanah jawa ke sini.

Selalunya kuda kepang ini akan memerlukan 25 orang. Pecahannya ialah 9 orang bertindak sebagai penari, 5 orang ditugaskan memainkan muzik, 15 orang jaga kawasan dan 2 orang bertindak sebagai "Bomoh Pemulih". Dalam banyak-banyak penari kuda kepang, ada seorang pemimpin yang dipanggil "Danyang"

Peralatan permainan kuda kepang terdiri daripada:

* lima buah angklung
* sebuah gendang
* beberapa gong
* sekurang-kurang sembilan kuda
* sebatang pecut
* serantai tali sepanjang 100 kaki (30 meter).

Angklung yang berbentuk empat segi diperbuat daripada buluh dan rotan dan dimainkan dengan cara menggoyangkan dan menggoncangkan buluh tersebut. Gabungan bunyi nyaring daripada buluh yang kecil serta bunyi bergema daripada buluh yang besar menghasilkan bunyi yang indah dan menarik.

Gendang diperbuat daripada kayu leban dan kulit lembu, sedangkan pengikatnya diperbuat daripada rotan. Gendang ini yang dipalu mengikut irama yang tertentu berdiameter lebih kurang tiga kaki. Gong menyedapkan lagi bunyi muzik pengiring. Pecut diperbuat daripada kedua-dua buluh dan tali yang dipintal menjadi satu. Fungsi pecut adalah untuk mengarah dan mengawal permainan, iaitu penari-penari kuda kepang. Selain itu, perkakas yang penting ialah kuda yang diperbuat daripada kulit lembu dan dibentukkan menyerupai kuda dan diwarnakan merah, putih, atau kelabu. Tali digunakan untuk membuat pagar bagi mengelakkan penari-penari yang mabuk daripada berkeliaran serta untuk memudahkan bomoh mengawal tarian.

| 0 comments ]

Dlm banyak2x cite yang akoo suke tengok adalah cite Mr Bean...
Kelakor sungguh...

Sape la punya idea suh rowan atkinson tue menunjukkan sifat lurus bendul...ikhlas...tanpa memikir akibat dari tindakan diambil.

Selamber deekk je dier....


| 0 comments ]

We proudly present the most idealist & creative persons that would like to share their experience and thought using this medium. They are:

1. Kurau
Education : master holder (MBA)
Hobby : compose story

2. Iena
Education : SPM
Hobby : seni

3. Nun Jim Mim Ya
Education : Diploma
Hobby : Photographer

4.Sahaini Ahmad Safian
Education : Diploma
Hobby : Photographer

5.
Education : Degree
Hobby : Observer

6.Minister Of Mind
Education : Degree
Hobby : Blogging

| 0 comments ]

pintu bilikku diketuk. spontan aku menoleh.

"boleh aku masuk?"

"masuklah," jawabku bersahaja. majalah newsweek yang sedang dibaca ku letakkan di atas meja.

"dah telefon dia?" tanyanya.

"siapa?" soalku.

dia menghela nafasnya, panjang.

"kau tahu siapa yang aku maksudkan, kan?" tanyanya lagi.

aku terdiam. tanganku menconteng-conteng sesuatu di atas kertas putih kosong.

"cukuplah. dia sudah lama bersabar dengan sikap kau. kau mahu teruskan lagi?"

"entah. aku tak tahu," jawabku bersahaja.

aku melihat wajahnya. tergambar sedikit kekesalan.

"aku ada urusan lain. janji dengan aku, kau akan uruskan hal ini," katanya sebelum beredar dari bilikku.

"aku tak janji..." jawabku lemah.

tanpa ku sedari, nama yang cukup aku kenali, tercoret di atas kertas putih kosong yang ku conteng.

ish, mengapa namanya yang ku tulis?



Kurau
1 April 2009
5.30pm