| 4 comments ]

aku tertarik untuk mengupas serba ringkas (kebiasaannya kupas lebih lanjut) mengenai topik pekerja kontrak vs pekerja tetap... pekerja kontrak (bahasa PPSMInya: contract staff) adalah pekerja yang bekerja berdasarkan terma-terma kontrak yang telah dipersetujui untuk jangkamasa tertentu, contohnya, 6 bulan ke 2 tahun panjangnya... pekerja tetap (bahasa PPSMInya: permanent staff) pula seperti sedia maklum adalah pekerja yang secara tetapnya bekerja untuk sesebuah organisasi dan mendapat segala kemudahan seperti yang selayaknya...

baru-baru ini, heboh kedengaran kisah isu penyerapan pekerja kontrak menjadi tetap di organisasi tempat menulis bekerja... untuk pengetahuan, 30% - 35% nadi penggerak organisasi penulis adalah terdiri daripada golongan yang statusnya kontrak sahaja... kisah penyerapan dalam organisasi penulis ini bukanlah pertama kali timbul... telah saban kali digembar-gemburkan dan nampaknya kali ini ada kebenarannya...

ajaibnya, berbekalkan kuota tetap yang terhad untuk diisi, maka bermula permainan politik 'pukul canang' insan-insan tertentu dalam merebut tempat yang tak seberapa nak banyak tue... kebiasaannya, terdapat 3 jenis kategori kumpulan apabila berlaku persaingan merebut tempat yang terhad...

kategori pertama: mereka telah lama bekerja secara kontrak dan kualiti kerja pun tak seberapa... disiplin kerja pun hancur juga, tapi mungkin nasib menyebelahi mereka untuk kekal menjadi kontrakan selama ini.. mereka ini sibuk bercerita betapa mereka telah lama menunggu peluang untuk diserapkan secara tetap dan sibuk juga mempromosi segala jenis tugasan yang telah diberikan selama ini, baik yang siap dengan sederhana jayanya mahupun yang siap hanya seperti melepaskan batuk di tangga sahaja...

kategori kedua: golongan ini merupakan suku-sakat dan kaum kerabat bos-bos yang diambil bekerja secara kontrak juga... mereka terdiri daripada adik-beradik, saudara-mara dekat para bos sekalian... ada antara mereka yang prestasinya agak baik dan mungkin layak untuk dipertimbangkan untuk menjadi tetap dan ada juga yang tidak sebenarnya... ada juga yang kerja sememangnya tak boleh diharapkan langsung tetapi lebih sibuk mencanangkan diri bahawa mereka agak dekat dengan para bos sekalian ini...

kategori ketiga: mereka ini boleh buat kerja dengan bagus, tak pula nak bising-bising (pukul canang) mengatakan mereka buat itu-buat ini.. malangnya, mereka tiada sebarang kabel yang membolehkan mereka ini dipertimbangkan secara jalan pintas... jenis yang satu nie hanya fokus pada kerja walaupun orang lain sibuk nak promosi diri depan bos...

inilah pemerhatian penulis sepanjang 2-3 bulan yang lepas... dilema ini tidak hanya terjadi di organisasi tempat penulis bekerja sahaja, pastinya turut terjadi di tempat lain kerana itu lumrahnya... jadi, persoalan cepu emasnya, jika anda sebagai pembaca menjadi bos dan punya situasi sedemikian, golongan manakah yang akan diberikan keutamaan untuk diserapkan menjadi tetap ??

1) golongan pertama sebab mereka dah lama menjadi kontrakan walaupun kerja hancur..
2) golongan kedua sebab perlu jaga hati saudara-mara, kalau tak pasti kena kutuk waktu balik kampung..
3) golongan yang boleh bekerja tetapi tiada kabel yang boleh tolong mereka...

apa kata kongsikan pendapat anda di sini...


salam dari hiatus panjang,
Aidy Shahiezad

| 0 comments ]

Siapa delimaku01@yahoo.com

delimaku01@yahoo.com adalah merupakan operator pengendali blog ini. ID delimaku01 ini dipilih adalah bagi membawa 'brand name' selari dengan nama blog ini.

Bagaimana info berkaitan blog ini boleh menerobos masuk ke email korang

Setiap email yang kami perolehi didalam internet akan dimasukkan di dalam pangkalan data. Sumber-sumber email ini diperolehi dalam blog-blog korang, friendster, myspace, chatroom dan lain-lain lagi.

Blog Apakah Ini?
Baca sini

| 2 comments ]

Lanjutan dari http://delima-ku.blogspot.com/2009/04/mencandat-sotong.html

Antara individu-individu yang berminat hendak menyertai program mencandat sotong adalah


  1. Noral Akma ( jebon1324@yahoo.com )
  2. Minister Of Mind ( seventynine1104@yahoo.com )
  3. Zainur ( xainoe@yahoo.com )
  4. Zainur- Member dia 01
  5. Zainur- Member dia 02

Buat diluar sana, marilah beramai2x memeriahkan suasana sambil mencandat... See ya...