| 4 comments ]

aku tertarik untuk mengupas serba ringkas (kebiasaannya kupas lebih lanjut) mengenai topik pekerja kontrak vs pekerja tetap... pekerja kontrak (bahasa PPSMInya: contract staff) adalah pekerja yang bekerja berdasarkan terma-terma kontrak yang telah dipersetujui untuk jangkamasa tertentu, contohnya, 6 bulan ke 2 tahun panjangnya... pekerja tetap (bahasa PPSMInya: permanent staff) pula seperti sedia maklum adalah pekerja yang secara tetapnya bekerja untuk sesebuah organisasi dan mendapat segala kemudahan seperti yang selayaknya...

baru-baru ini, heboh kedengaran kisah isu penyerapan pekerja kontrak menjadi tetap di organisasi tempat menulis bekerja... untuk pengetahuan, 30% - 35% nadi penggerak organisasi penulis adalah terdiri daripada golongan yang statusnya kontrak sahaja... kisah penyerapan dalam organisasi penulis ini bukanlah pertama kali timbul... telah saban kali digembar-gemburkan dan nampaknya kali ini ada kebenarannya...

ajaibnya, berbekalkan kuota tetap yang terhad untuk diisi, maka bermula permainan politik 'pukul canang' insan-insan tertentu dalam merebut tempat yang tak seberapa nak banyak tue... kebiasaannya, terdapat 3 jenis kategori kumpulan apabila berlaku persaingan merebut tempat yang terhad...

kategori pertama: mereka telah lama bekerja secara kontrak dan kualiti kerja pun tak seberapa... disiplin kerja pun hancur juga, tapi mungkin nasib menyebelahi mereka untuk kekal menjadi kontrakan selama ini.. mereka ini sibuk bercerita betapa mereka telah lama menunggu peluang untuk diserapkan secara tetap dan sibuk juga mempromosi segala jenis tugasan yang telah diberikan selama ini, baik yang siap dengan sederhana jayanya mahupun yang siap hanya seperti melepaskan batuk di tangga sahaja...

kategori kedua: golongan ini merupakan suku-sakat dan kaum kerabat bos-bos yang diambil bekerja secara kontrak juga... mereka terdiri daripada adik-beradik, saudara-mara dekat para bos sekalian... ada antara mereka yang prestasinya agak baik dan mungkin layak untuk dipertimbangkan untuk menjadi tetap dan ada juga yang tidak sebenarnya... ada juga yang kerja sememangnya tak boleh diharapkan langsung tetapi lebih sibuk mencanangkan diri bahawa mereka agak dekat dengan para bos sekalian ini...

kategori ketiga: mereka ini boleh buat kerja dengan bagus, tak pula nak bising-bising (pukul canang) mengatakan mereka buat itu-buat ini.. malangnya, mereka tiada sebarang kabel yang membolehkan mereka ini dipertimbangkan secara jalan pintas... jenis yang satu nie hanya fokus pada kerja walaupun orang lain sibuk nak promosi diri depan bos...

inilah pemerhatian penulis sepanjang 2-3 bulan yang lepas... dilema ini tidak hanya terjadi di organisasi tempat penulis bekerja sahaja, pastinya turut terjadi di tempat lain kerana itu lumrahnya... jadi, persoalan cepu emasnya, jika anda sebagai pembaca menjadi bos dan punya situasi sedemikian, golongan manakah yang akan diberikan keutamaan untuk diserapkan menjadi tetap ??

1) golongan pertama sebab mereka dah lama menjadi kontrakan walaupun kerja hancur..
2) golongan kedua sebab perlu jaga hati saudara-mara, kalau tak pasti kena kutuk waktu balik kampung..
3) golongan yang boleh bekerja tetapi tiada kabel yang boleh tolong mereka...

apa kata kongsikan pendapat anda di sini...


salam dari hiatus panjang,
Aidy Shahiezad

4 comments

killr0yLive said... @ May 21, 2009 at 6:03 PM

pilihlah no 3...

zara said... @ May 21, 2009 at 9:05 PM

Sesetengah pengurus atau ketua jabatan beranggapan tugas menilai prestasi pekerja boleh menimbulkan konflik dan seterusnya menimbulkan rasa tidak puas hati pekerja terhadap penilaian yang diterima.

Terdapat juga tuduh-menuduh ketika penilaian prestasi ini diproses.

Namun, masalah penilaian prestasi sering timbul apabila tumpuan hanya diberi kepada sikap dan perangai individu dan kesilapan-kesilapan yang telah mereka lakukan. Kemudian memberi penilaian tinggi pada pekerja-pekerja kegemaran atau yang suka mengipas.

Akan tetapi, apabila pengurus atau ketua jabatan berjaya mengenepikan sikap suka mencari kesilapan pekerja, maka penilaian prestasi akan menjadi lebih bermakna dan efektif.

Tak nak komen panjang sebab mak cik pun bukan seorang ketua pejabat. Cuma seorang ketua rumah saja.

atok said... @ May 22, 2009 at 7:34 PM

org skang bukn pentingkan pengalaman kerw?
eheh

Aidy Shahiezad said... @ May 24, 2009 at 8:25 PM

yerp, pengalaman adalah penting dalam penilaian, efisiensi dalam pekerjaan juga penting... namun, sentimen kekeluargaan selalunya mengetepikan segalanya... ini lumrah dunia pekerjaan sejak dulu lagi...

Post a Comment