| 1 comments ]

vBLOG Hot FM

Shared via AddThis

| 0 comments ]

Jam di tangan menunjukkan pukul 3.30 petang. Mesyuarat Pengurusan yang berlangsung hampir 2 jam padat dengan perbincangan-perbincangan hangat mengenai hala tuju pengurusan dan hal-hal lain yang berkaitan.

Kepalaku tepu. Mee hon goreng dan air nescafe hangat yang sememangnya sedap, namun tidak dapat memancing seleraku. Aku cuma mampu melihat bosku bersama ketua-ketua jabatan begitu berselera menghabiskan makanan sambil berborak-borak kosong.

Aku melangkah pantas menuju ke mejaku. Kesibukan mesyuarat dari pagi hingga ke petang menyebabkan aku tidak sempat membuka email pada hari ini. Niat di hati, ingin sahaja ku gapai pakej Blackberry Storm dari Celcom yang berpatutan harganya. Namun, ada banyak perkara yang perlu ku uruskan dan perlu lebih perhatian berbanding keinginanku yang satu ini.

Mataku terpaku pada satu email yang dihantar oleh seseorang yang ku kenal.

Dia lagi?

Aku pantas membuka emailnya.

Semasa awak membaca email ini, saya telah selamat menaiki kapal terbang menuju ke Jeddah. Pemergian saya tidak lama, namun saya masih memikirkan tempoh waktu yang sesuai untuk berada di sini. Inilah satu-satunya tempat yang boleh menenangkan fikiran saya pada masa ini.

Saya minta maaf jika ada salah dan silap terhadap awak. Saya tidak berniat apa-apa. Namun, jika ini balasan yang setimpal dengan apa yang saya lakukan, saya terima.

Cuma satu pinta saya. Jangan terus membenci saya.

Semoga awak berjaya dalam hidup.


Yang ikhlas menanti.


Aku pantas mengangkat gagang lalu mendail.

"Malaysia Airlines?"
"May I know your latest flight to Jeddah?"



Kurau
10 Julai 2009
4.11pm